Rabu, 21 September 2011

PANDUAN MUDAH MENJAWAB BAHAGIAN A

PANDUAN MUDAH MENJAWAB BAHAGIAN A
 
Adik-adik. . . . .
Sila ingati cara- cara mudah untuk menjawab soalan bahagian A ( Kertas 2 ).
Gunakan akronim SALAM untuk mudah mengingatinya ..

1.SIAPA
Kenal pasti orang yang terdapat di dalam gambar
Contoh : Seorang perempuan,Seorang lelaki,Sekumpulan pelajar, Dua orang wanita,Dua orang anggota polis,Seorang doktor......

2. APA
Kenal pasti kata kerja atau perkara yang dilakukan ,
Contoh :berdiri,makan,berbual,duduk,bersiar-siar,berbaris,memotong , merawat,membasuh.

3. LOKASI
Kenal pasti lokasi (di mana)
Contoh: di kebun, di taman, di ruang tamu, di halaman, di atas bangku, di kantin, di hospital.

4. ADJEKTIF
Gunakan kata adjektif jika sesuai.
Contoh : besar,cantik,tinggi,rimbun,rendang,redup,bersih,putih.

5. MAJMUK (Ayat Majmuk )
Gunakan kata hubung yang sesuai.
Contoh: dan ,sambil , lalu , kerana , supaya ,untuk.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan