Selasa, 20 September 2011

KEMBARA ILMU

KURSUS MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA
(          MBMMBMBI            ) :
KOMPUTER DALAM PENGAJARAN 
BAHASA MALAYSIA 

  Bismillaah itu permulaan nama,
  Keadaan zatnya bersama-sama,
  Zahirkan sifat menyatakan isma,
  Kadim dan taat setia lama.

  Carik-carik pokok kerakap,
  Pokok kerakap condong ke baruh:
  Tabik-tabik saya nak bercakap,
  Takut terkena darah gemuruh.

  Kelapa bali dalam puan,
  Datang dari Bangkahulu;
  Apa nak kata katalah tuan,
  Ampun maaf terlebih dahulu.

  Bukan lebah sebarang lebah,
  Lebah hinggap di cucuran atap;
  Bukan sembah sebarang sembah,
  Sembah saya mohon bercakap.

  Sarang labah-labah,
  Lelabah di atas buluh;
  Sembah sudah saya sembah,
  Sembah menyusun jari nan sepuluh.

Pada 20-22 September 2011, iaitu bermula pada hari Selasa hingga Khamis bertempat di TEKNOPEN, Institut Perguruan Raja Melewar ( IPRM ) telah berlaku Kembara Ilmu dalam membina blog. Kursus ini telah dibimbing oleh para  pensyarah  IPRM yang berwibawa dalam memastikan kelangsungan Kembara Ilmu ini berlangsung dengan jayanya. Komitmen padu diberikan oleh peserta kursus serta para pensyarah yang terlibat agar Kembara Ilmu membina blog ini berjaya sampai ke destinasinya. 

Sekalung tahniah diucapakan kepada para pensyarah IPRM yang tidak jemu-jemu membimbing serta memberikan tunjuk ajar bagi membina blog yang baik dan berkualiti. Segala jasa baik pihak tuan saya dahulukan dengan jutaan terima kasih.

          Yang merah itu saga ,
          Yang kurik itu kendi :
          Yang indah itu bahasa ,
          Yang cantik itu budi .

 Seikhlas budi sesuci embun kalis pagi ,

 aisyahnurmariah_azariah@yahoo.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan