Rabu, 21 September 2011

JATA MALAYSIA

Lambang negara Malaysia


Jata negara Malaysia.
Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
Jata Negara Malaysia yang asal.
Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.
Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

PANDUAN MUDAH MENJAWAB BAHAGIAN A

PANDUAN MUDAH MENJAWAB BAHAGIAN A
 
Adik-adik. . . . .
Sila ingati cara- cara mudah untuk menjawab soalan bahagian A ( Kertas 2 ).
Gunakan akronim SALAM untuk mudah mengingatinya ..

1.SIAPA
Kenal pasti orang yang terdapat di dalam gambar
Contoh : Seorang perempuan,Seorang lelaki,Sekumpulan pelajar, Dua orang wanita,Dua orang anggota polis,Seorang doktor......

2. APA
Kenal pasti kata kerja atau perkara yang dilakukan ,
Contoh :berdiri,makan,berbual,duduk,bersiar-siar,berbaris,memotong , merawat,membasuh.

3. LOKASI
Kenal pasti lokasi (di mana)
Contoh: di kebun, di taman, di ruang tamu, di halaman, di atas bangku, di kantin, di hospital.

4. ADJEKTIF
Gunakan kata adjektif jika sesuai.
Contoh : besar,cantik,tinggi,rimbun,rendang,redup,bersih,putih.

5. MAJMUK (Ayat Majmuk )
Gunakan kata hubung yang sesuai.
Contoh: dan ,sambil , lalu , kerana , supaya ,untuk.

GURU

Guru Oh Guru
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi..

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa

Dialah Ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang Ulamak yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di ibukota
Di bangunan tua sekolah hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara

Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat ‘cikgu’ kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

-Petikan puisi Allahyarham Dato' Dr. Usman Awang (1979)- Sasterawan Negara



GURU
Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa
Dialah ibu, Dialah bapa juga sahabat
Aliur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya,
Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku
Semakin terpencil duduknya di pinggir desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apapun pada akhir kehidupanmu,

Guruku
Budi yang diapingkan di dulang ilmu
Panggilan keramat ‘cikgu’ kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Joka hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya..mengajar tulis, baca…

-Petikan puisi Allahyarham Dato' Dr. Usman Awang- Sasterawan Negara

CONTOH SOALAN BAHASA MALAYSIA KEFAHAMAN , UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH ( UPSR )


CONTOH SOALAN BAHASA MALAYSIA KEFAHAMAN



UJIAN PENILAIAN SEKOLAH RENDAH ( UPSR  )



SET 1 08


Soalan 1 - 17

1   
Pak Uda telah menetap di kawasan _________ itu sejak dua puluh lima tahun yang lalu.




A
dalaman

B
pedalaman

C
pendalaman

D
mendalamkan






2   
_____________ duduk dahulu kerana majlis ini akan bermula tidak lama lagi.




A
Sila

B
Minta

C
Harap

D
Jangan






3   
________ daripada pekerja kilang elektronik itu berasal dari Pantai Timur Semenanjung.




A
Semua

B
Segala

C
Lima puluh peratus

D
Para






4   
__________, ambil semua pakaianmu dan berambus dari sini!




A
Wah

B
Aduh

C
Ah

D
Nah
















Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar di bawah.













http://my2.zoom-a.com/cache/question/source/1203/1203410712211/01.gif


5   
Majlis perkahwinan abang berlangsung __________ pukul 12.00 tengah hari hingga _________ pukul 6.00 petang.




A
dari … kepada

B
daripada … ke

C
dari … ke

D
daripada kepada







Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
6   
"Senaraikan nama ___________ yang terlibat dalam kebakaran itu. __________akan dapatkan bantuan segera," kata Yang Berhormat itu kepada Tok Penghulu.




A
kalian … Kita

B
mereka … Saya

C
dia … Beliau

D
mereka … Beliau






7   
Fatimah membelikan __________ baju kurung dan __________ selendang untuk dihadiahkan kepada ibunya.




A
sepasang ... sehelai

B
sehelai ... sepasang

C
secarik ... sepasang

D
sepasang ... sepasang






8   
Afina berpuasa hari ini. _______, dia menolak pelawaan saya untuk makan tengah hari




A
Oleh sebab itu

B
Akhirnya

C
Mungkin

D
Lagipun







http://my2.zoom-a.com/cache/question/source/1111/1111512899980/01.gif





Gambar 1
9   
Puan Amira ___________ menggubah bunga ketika saya pergi ke rumahnya tadi.




A
masih

B
mesti

C
harus

D
telah






10   
Tarian kuda kepang, zapin, dan ghazal __________ kesenian tradisional yang terkenal di Johor.




A
ialah

B
bukan

C
adalah







11   
Puan Badariah dan suaminya bercadang untuk memelihara __________ itu.




A
anak buah

B
anak emas

C
anak yatim

D
anak tunggal












http://my2.zoom-a.com/cache/question/source/1124/1124906184520/01.gif

Gambar 2
12   
Minat Julia ___________ bidang muzik tidak pernah padam walaupun ditentang oleh ibu dan ayahnya.




A
terhadap

B
umpama

C
dengan






13   
Kata-kata sindirannya yang menyakitkan hati masih __________ walaupun sudah dua hari peristiwa itu berlaku.




A
terngiang-ngiang

B
bergerak-gerak

C
terkulat-kulat

D
berapi-api








14   
"__________ mesti sampai di kaki Gunung Tahan sebelum matahari terbenam," kata Encik Rahman kepada peserta-peserta ekspedisi itu.




A
Kalian

B
Beliau

C
Awak

D
Anda






15   
Ahmad kesiangan, dia terpaksa melalui __________ supaya tidak terlewat ke sekolah.




A
jalan mati

B
jalan pintas

C
jalan tengah

D
jalan belakang








16   
__________ tentang niat Tok Nading yang ingin berkahwin lagi telah tersebar luas di kampung kami.




A
Atas angin

B
Bawah angin

C
Makan angin

D
Khabar angin













Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai berdasarkan gambar.


http://my2.zoom-a.com/cache/question/source/1201/1201629670528/01.gif


RAJAH 3
17   
__________ monyet bergayutan di __________ pokok rambutan.




A
Seekor ... sebuah

B
Sekawan ... sebuah

C
Seekor ... sebiji

D
Sekawan ... sebatang







18   
Kalung mutiara sejati yang dipakai oleh Datin Sarimah itu mahal harganya. Perkataan seerti bagi sejati ialah




A
benar

B
tulen

C
pasti

D
jelas






Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.
19   
Parlimen di Malaysia akan dibuka oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Yang Dipertuan Agong pada setiap kali pilihan raya umum diadakan. Perkataan berlawan bagi dibuka ialah




A
dibatalkan

B
diawalkan

C
dibubarkan

D
dimansuhkan

























Soalan 20 - 22
Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
20   
I.                        Mak Minah berasa haus kerana cuaca hari itu panas terik.
  1. Kanak-kanak itu haus kasih sayang ibu bapanya.
  2. Batu-batu di tepi sungai itu haus dihakis air.
  3. Pengembara yang ditemui mati di padang pasir itu mungkin kerana haus.




A
I dan III sahaja

B
II dan III sahaja

C
I, II dan III sahaja

D
I, II dan IV sahaja






Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

http://my2.zoom-a.com/cache/question/source/1111/1111585678951/01.gif



Gambar 4
21   
I.                        Air Tasik Chini sememangnya dalam.
  1. Banyak kemudahan awam telah disediakan di kawasan dalam.
  2. Doktor itu mempunyai pengetahuan yang dalam tentang penyakit itu.
  3. Mereka sedang berbaring di dalam bilik




A
I, II dan III sahaja

B
I, II dan IV sahaja

C
I, III dan IV sahaja

D
II, III dan IV sahaja






Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.
22   
I.                        Jalan cerita "Apakah Dosaku" yang ditulis oleh Adibah sangat menarik.
  1. Haleeda menarik nafas lega apabila mendapat tahu anaknya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan UPSR yang lalu.
  2. Sempena menyambut Hari Guru tahun ini, Sekolah Kebangsaan Kampung Sireh akan mengadakan acara menarik tali antara guru-guru dan murid-murid.
  3. Wajah pelakon lelaki itu sangat cantik dan menarik.




A
I dan II sahaja

B
I dan III sahaja

C
II dan III sahaja

D
I, II dan III sahaja






Pilih jawapan yang paling sesuai kepada soalan yang diberikan.
23   
Adik bertanya kepada kakak, "Di manakah emak dan ayah, kak?" Lalu kakak menjawab, "_______."




A
Mereka pergi ke Kuala Lipis

B
Mereka tidak pergi ke Kuala Lipis

C
Emak dan ayah baru saja pergi sebentar tadi

D
Mereka pergi dengan menaiki kereta yang disewa daripada Pak Hasan






Pilih soalan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.
24   
Saya akan belajar di Universiti Malaya tahun hadapan.

A
Bagaimanakah kamu belajar di Universiti Malaya?

B
Mengapakah awak belajar di sana?

C
Di manakah awak akan belajar tahun hadapan?

D
Siapakah yang akan berjaya ke Universiti Malaya?










Soalan 25 - 26
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.
25   
Amir menjual air tebu di pasar tani.




A
Di pasar tani, Amir menjual air tebu.

B
Air tebu dijual oleh Amir di pasar tani.

C
Tebu air dijual oleh Amir di pasar tani.

D
Menjual air tebu di pasar tani oleh Amir.






Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang bergaris.
26   
Emak tidak membenarkan abang menyertai rombongan itu.




A
Emak dilarang abang daripada menyertai rombongan itu.

B
Abang disuruh oleh emak untuk menyertai rombongan itu.

C
Emak ditegah daripada menyertai rombongan itu oleh abang.

D
Abang tidak mendapat kebenaran emak untuk menyertai rombongan itu.
















Soalan 27 - 30
Pilih ayat-ayat yang betul.
27   
Kawasan di perkarangan rumahnya sentiasa semerbak dengan bau bunga-bungaan.
  1. Tandas murid lelaki hancing sungguh.
  2. Seniman tersohor itu telah meninggal dunia.
  3. Kebanyakan remaja yang lari dari rumah berumur belas tahun.




A
II dan III sahaja

B
III dan IV sahaja

C
I, II dan III sahaja

D
I, II dan IV sahaja






Pilih ayat-ayat yang betul.
28   
Buku kerja Matematik saya itu ada pada guru besar.
  1. Adik tidur dari petang hingga malam kerana keletihan.
  2. Buku Laporan Kemajuan itu telah diserahkan kepada ayah untuk ditandatangani.
  3. Semua murid-murid miskin dikehendaki berkumpul di dewan terbuka.

A
I, II dan III sahaja

B
I, II dan IV sahaja

C
I, III dan IV sahaja

D
II, III dan IV sahaja






Pilih ayat-ayat yang betul.
29   
Bunga telur yang cantik itu untuk para jemputan
  1. Di antara buah-buahan yang saya gemari ialah durian dan nangka
  2. Cik Azlina yang bekerja di pejabat itu berasal daripada Johor
  3. Pasukan bola sepak itu mendapat tempat pertama kerana pemain-pemainnya berpengalaman




A
I dan II

B
II dan IV

C
III dan IV

D
I dan IV













Pilih ayat-ayat yang betul.
30   
Ayah sedang memotong rumput di halaman rumah.
  1. Surat itu ditulis oleh saya.
  2. Batang pokok durian itu besarnya sepemeluk.
  3. Pendapatnya kurang lebih RM 300 sebulan

A
I dan III sahaja

B
II dan IV sahaja

C
I, II dan III sahaja

D
II, III dan IV sahaja






Soalan 31 - 35
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya

KUALA LUMPUR, 5 Mac - Malaysia telah berjaya menempa sejarah dalam Sukan Komanwel ke-XVI dengan merangkul jumlah pungutan pingat yang terbanyak negara sepanjang temasya sukan ini diadakan.
      Selepas sebelas hari pertandingan, Malaysia berjaya meraih 36 buah pingat secara keseluruhan iaitu 10 pingat emas, 14 pingat perak dan 12 pingat gangsa. Malaysia menamatkan sukan kedua terbesar di dunia ini dengan menduduki tangga keempat dalam senarai pungutan pingat di belakang Australia, England dan Kanada.

      10 buah pingat emas negara itu telah berjaya dipungut melalui acara bowling berpasangan dan perseorangan lelaki oleh Kenny Ang dan Ben Heng. Pingat emas ketiga negara telah dikutip oleh Nurul Huda Baharin melalui acara menembak "air-rifle". Mohd Hidayat Hamidon pula berjaya meraih pingat emas keempat negara melalui acara angkat berat. Pasukan badminton lelaki negara pula meraih tiga pingat emas melalui acara berpasukan, berpasangan dan perseorangan. Puteri-puteri gimnas negara berjaya merangkul pingat emas kelapan negara melalui acara gimrama. Sapok Biki, peninju muda dari Sarawak, berjaya meraih pingat emas kesembilan negara. Satu-satunya pingat daripada acara olahraga diperoleh melalui G.Saravanan dalam acara 40 kilometer berjalan kaki lelaki.
      Sasaran lapan pingat emas negara telah melebih jangkaan. Semangat 'Malaysia Boleh' telah merealisasikan sasaran kutipan pingat negara.








31   
Negara manakah yang telah menduduki tangga keempat dalam Sukan Komanwel ke-XVI?





A
Australia

B
Malaysia

C
England

D
Kanada









32   
Malaysia telah menempa sejarah dalam Sukan Komanwel ke-XVI kerana berjaya memperoleh _________.




A
10 pingat emas

B
36 buah pingat dalam masa 11 hari pertandingan

C
pingat terbanyak sepanjang sukan ini diadakan

D
pingat emas dalam acara boling berpasangan dan perseorangan lelaki






33   
Pernyataan yang manakah benar tentang acara sukan tersebut?




A
Malaysia telah mensasarkan 10 kutipan pingat emas

B
Sapok Biki memperoleh pingat emas dalam acara olahraga

C
Nurul Huda Baharin telah mengutip pingat emas ketiga negara

D
Negara Australia berada di belakang Malaysia dalam senarai pungutan pingat






34   
Perkataan 'kutipan' dalam petikan bermaksud __________.




A
kalungan

B
sentuhan

C
pungutan

D
pulangan






35   
Acara sukan berikut tidak termasuk dalam senarai pungutan pingat oleh Malaysia.
(ID:1111239198711)




A
Angkat berat

B
Boling berpasangan

C
Menembak 'air rifle'

D
4 kilometer berjalan kaki lelaki






Soalan 36 - 40
Baca petikan di bawah dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.


     Yang saya hormati Tuan Pengerusi Majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru besar, guru-guru pengiring, barisan pembangkang serta hadirin sekalian. Selamat pagi dan selamat sejahtera saya ucapkan.

    
"Ibu bapa mempunyai peranan yang penting dalam menentukan kejayaan akademik anak-anak." Itulah tajuk perbahasan hari ini yang sudah tentunya saya sebagai pencadang amat menyetujuinya.

     Bermula dari kandungan sehinggalah dilahirkan, anak-anak sudah pun mendapat didikan daripada ibu bapa mereka. Sebelum bermula alam persekolahan, ibu bapa telah pun menanam minat terhadap pelajaran kepada anak-anak. Setelah memasuki alam persekolahan ibu bapa masih lagi berperanan mengawasi proses pembelajaran anak-anak mereka.

     Walaupun pendidikan akademik tidak diajar secara formal di rumah, tetapi sebagai ibu bapa, mereka masih lagi mengambil berat tentang pelajaran anak-anak. Mereka akan memastikan anak-anak sentiasa mengulang kaji pelajaran agar pencapaian mereka dapat ditingkatkan.

     Tidak hanya di sekolah sahaja, ibu bapa masih lagi berusaha supaya anak-anak mereka cemerlang. Mereka  akan menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran kepada anak- anak  dan sesetengah ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kelas-kelas tambahan. Semuanya ini bertujuan supaya anak-anak mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam pelajaran.

     Anak-anak yang berjaya patut terus didorong dan diraikan agar mereka lebih bersemangat untuk belajar. Mereka akan rasa dihargai.

     Oleh itu, sekali lagi saya tegaskan ibu bapa mempunyai peranan yang penting dalam menentukan kejayaan akademik anak-anak. Sekian, terima kasih.
36   
Perbahasan ini diadakan di peringkat




A
negeri.

B
daerah.

C
sekolah.

D
kebangsaan.






37   
Mengikut pendapat pencadang




A
pendidikan bermula di rumah.

B
pendidikan bermula di tadika.

C
pendidikan bermula di sekolah.

D
pendidikan bermula di prasekolah.






38   
Pendidikan Formal boleh di dapati




A
di rumah.

B
di sekolah.

C
di dalam kandungan.

D
daripada kawan-kawan.






39   
Ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke kelas tambahan bertujuan




A
supaya mereka dapat berehat.

B
supaya anak-anak dapat bersama kawan-kawan.

C
supaya dapat memenuhi masa lapang anak-anak.

D
supaya anak-anak mencapai kejayaan cemerlang.






40   
Anak-anak perlu digalakkan mengulang kaji pelajaran supaya




A
sentiasa belajar.

B
meningkatkan kejayaan.

C
dapat memenuhi masa lapang.

D
dapat membantu kawan-kawan.